Assalamualaikum,

2 Minggu lepas, sy balik ke KL. Since ayam dah habis, so ambil peluang ni utk keluar dari Parit Buntar. Tgk dunia luar jap. And balik ke rumah mertua di Keramat AU2.

And my wife ambil cuti hari Isnin ngan Selasa. Alasannya, nak shopping puas2. Sebab kami pun tak beli lagi barang2 baby. Sebutir pun tak beli lagi.

Thus, hari Ahad keluar gi shopping di One Utama. Macam nak patah kaki nak pusing habis One Utama di Damansara tu. Building tu besar gila. Maklumlah, di Parit Buntar mana ada shopping complex.

Masa di sana, beli barang2 baby di Jaya Jusco. Semua mak nenek beli kat situ. Seluar baju baby, kelambu baby, towel, pampers, selimut, baby cot, baby car seat, stroller baby dan memacam lagi lah. Org kata semangat nak dpt first baby la.

Masa nak balik dari KL ke Parit Buntar... kereta Myvi sy full. Tempat duduk belakang kena lipat turun ke bawah. Habis tempat dibelakang. Full semua barang2 baby. Total cost kita org spend dlm RM4000. My wife dok ushar breast pump pulak lepas ni. Bukan senang jugak nak menyambut kehadiran org ke tiga ni... Tak sabar pun ada, takut pun ada... My wife selalu ckp, sejak pregnant ni rezki ayam makin bertambah. Mungkin ni namanya rezki anak. So, bila dah dpt rezeki anak, kena la bagi kat anak sama...

Balik dari KL, my wife sakit perut. Rasa mcm susah nak jalan. So, kita org terus ke Bagan Specialist di Butterworth utk buat check up. Dengan Dr Fawziah... Sekali dia scan 4D baby. Nampak la baby punya face, tangan, kaki. Agak jelas gak la. Masa tu baby tengah tidur. Alhamdulillah, Dr cek dan dia ckp tak de aper2 yg serius. Semuanya ok so far.

Skrg my wife gi kerja kat Kulim ngan member dia. Carpool. Tapi member dia dah nak resign hujung bulan ni. So, after that sy nak kena hantar dia la ke tempat kerja sampai bersalin. Dia pun dah mcm tak larat nak drive sendiri jauh2.

Masa shopping hari tu, terlupa pulak nak ambil gambar....

Oklah... sekarang baby dah 8 bulan... Tinggal beberapa hari lagi....Moga Allah permudahkan dan beri yg terbaik kpd kami....

Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top