Assalamualaikum,





Baru baru ini, saya ada menerima satu panggilan telefon daripada salah seorang emak kepada member lama saya. Disebabkan apa yang saya nak ceritakan ni menyentuh hal peribadi seseorang. Identiti sebenar member sy ni tak akan didedahkan. Bukan identiti yg penting dlm hal ni, apa yang penting adalah jalan cerita dan pengajaran yang boleh kita ambil dalam perkara ni.


Sebenarnya, sy tak dak lah baik sangat dengan mak cik ni, dan saya pun memang terkejut dapat panggilan daripada mak cik ni. Memang tak sangka dan memang tak pernah terfikir yg dia akan call sy. Tapi, since dia dah call sy pun sembang aja la dengan sy.


Dia terkejut jugak mula2 dengar skrg sy dah buat bisness sendiri. Dia memang tak sangka pun. Jangan katakan dia tak sangka, sy pun masa kat sekolah tak pernah terfikir yg sy akan bela ayam skrg ni. Lepas sembang beberapa lama. Sy pun tanya la macam mana ngan anak dia sekarang. Anak dia ni member sy la.


Rupanya memang dia tunggu sy tanya dia soalan tu. Dia pun mula buka cerita.


"Sebenarnya Firdaus, mak cik rasa sedih sangat dengan anak mak cik skrg ni, kalau kau kenal dia dulu, skrg ni dia dah totally change. Especially lepas dia kawin". Sy pun suspen.. Apa yg dah jadi..


"Lepas dia kawin, kiranya dia asyik ikut cakap isteri dia aja. Nak buat apa2 pun, nak kena dpt persetujuan dari isteri dia. Kalau dengan family mak cik, dia agak berkira... Nak keluar makan luar sekali pun dah teramat jarang. Tapi kalau keluar makan dengan family sebelah isteri, boleh dikatakan selalu. Kalau dengan family sendiri, pasal wang dia agak berkira, tapi kalau dengan family sebelah isteri, wang dia tak berapa kisah sangat...." keluh mak cik ni...


"Firdaus, sebenarnya, mak cik pun tak dak la mau sangat pun duit dari dia. Duit pencen mak cik ngan pak cik pun dah cukup untuk kami. Tapikan Firdaus, lepas dia dah kawin... Dia tak pernah pun bagi duit dekat mak cik.... Bukannya mak cik nak sangat pun duit dari dia... Tapi, kalau dia bagi tu.... sejuk la hati mak cik ni... Terasa la macam dihargai sikit. Bukan wang yg jadi ukuran, tapi penghargaan dari seorang anak tu yg penting."


" Sebab dah lama tak bagi, baru2 ni masa raya hari tu dia bagi duit raya kat mak cik. RMxxx. Mak cik ambil duit tu, then mak cik beli balik barang2 utk anak dia. (cucu mak cik tu la) Mak cik terasa macam tak boleh nak ambil duit dari dia. Sebab mak cik dah rasa terkilan... Ya la... lepas sekian lama.... baru dia teringat nak bagi... Duit balance beli barang utk anak dia tu, mak cik bagi kat dia balik. Suruh bubuh dlm tabung anak dia...."


"Firdaus, bila kita dah tua mcm mak cik ni, kami ni bukan la apa... kami pun tahu komitmen anak2 kami.. macam2 komitment dia ada.... tapi, ingat2 lah sama kat kami.... kadang2 tu, mak cik rasa sedih jugak, terkilan pun ada... lepas kawin, dia macam dah tak ingat sangat kat mak cik.. sikit2 isteri dia.... barang2 utk mak cik tak pernah pun dia nak beli.... bukan mak cik nak pun... tapi, kalau bagi tu.... terasa dihargai dan disayangi oleh anak2"....... "Mak cik betul2 dahagakan kasih sayang anak2 mak cik... tapi, apa yg dia buat... betul2 mengecewakan mak cik..."


Dlm hal ni, sy pun tak tau nak advise mcm mana kat mak cik ni... sy pun slow talk la jugak... sy ckp.. sama2 la kita doa... minta Allah beri petunjuk kat dia.. ubah perangai dia jadi lebih baik.... Dan sy pun ckp la... mungkin dia tak berapa matang lagi kot....

Pengajaran yg sy nak kongsi dengan semua adalah, sejauh mana kita menyayangi dan mengasihi ibu bapa kita yg telah membesarkan kita dan menjadikan kita berjaya. Jika nak difikarkan balik, kita sekarang pun ramai yg dah ada anak2. Kita sendiri pun dah tahu, betapa susahnya nak membesarkan anak2 hari ni. Dan cuba kita bayangkan, satu hari nanti.. bila anak2 kita semua dah besar... depa buat tak tahu aja kat kita.... masa tu baru kita faham apa yg ibu bapa kita rasa sekarang. Dan masa tu baru kita tau langit tu tinggi ka rendah.

.

Kadang2, sy terasa kenapa la susah sangat kita nak call, nak phone ibu bapa kita.. sekadar bertanya kabar... cukup ka makan dia... ada sakit ka.... Cuba ingat balik, bila kita last call ibu bapa kita...

.

Dan sekarang ni.. ramai di antara kita yg dah bergaji RM4000-RM15000 sebulan.. Takkan la dlm sebulan kita tak boleh komited kat ibu bapa kita dlm seringgit dua... walau pun dia org ada duit, kalau kita bagi.. dia tetap akan ambil.... dan bukannya diaorg guna pun duit tu... biasanya diaorg beli barang utk anak2 kita pun.... Tapi tu la, kita terasa berat tangan nak hulurkan duit kpd ibu bapa kita.... Ingat lah, kalau kita bagi duit utk ibu bapa kita... keberkatan akan datang dlm rezeki yg Allah kurniakan kpd kita. Insya Allah, kerja2 kita akan menjadi semakin mudah dan rezeki akan bertambah.

.

Jadi, sesiapa yg rasa hidup dia susah, macam2 masalah.. ingat2 lah ibu bapa kita.. tunjukkan kasih sayang kita kat depa sementara depa masih hidup. Ramai yg menangis bila ibu atau bapa meninggal dunia... Rasa menyesal kenapa la tak sempat nak bagi itu dan ini masa mereka masih hidup... Tapi, kenapa kita tak buat sekarang ni masa depa masih hidup.. Sebabnya mudah saja, sebagai manusia.. kita selalu kurang menghargai apa yg ada pada kita... dan kita hanya akan rasa kehilangan benda tu bila dia sudah tiada disisi kita... Masa ibu bapa kita ada, kita tak ingat depa... masa dah meninggal nanti, baru kita nak ingat.... so, hargailah mereka sementara mereka masih ada.. mudah2an, bila kita dah tua nanti. Anak2 kita akan ingat kpd kita...

.

Sama-sama kita renungkan... wassalam

2 ulasan:

  1. DEMO LO NI TAK SUPA MULO...

    MOGA JADI SOLEH JANGAN JADI TOLEH..!!!!

    BalasPadam
  2. Kut-kut anak dia termakan ubat apa-apa. Ubat cinta atau lain-lain. Kasihan mak dia... Semoga dia sedar diri semula sebelum terlambat dan semoga Allah melindungi kita daripada alpa diri sebegini.

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top