Assalamualaikum,

Alhamdulillah.. Sujud syukur kpd Allah. Allah memberikan sy 1 pengalaman yg manis & pahit sepanjang musim ni. Dan sy rasa, musim ni antara pusingan yg terhebat dari segi ujian yg Allah berikan kpd sy.

Pelbagai ujian2 pahit & getir yg Allah uji sy. Tapi, Alhamdulillah, ujian-Nya itu berjaya sy tempuh dgn penuh kesabaran. Dan ujian Allah kali ni semakin mendekatkan diri sy dengan Maha Pencipta. Sy semakin terasa betapa kerdilnya diri ini dan betapa HEBATNYA kekuasaan Allah. Nanti sy akan cerita lain kali dgn detail apa yg sy maksudkan dlm paragraph ni. Sy rasa, penting utk sy kongsi bersama, sbb sblm ni kita selalu dengar perkataan SABAR, tapi kita tak faham apa itu SABAR hinggalah kita diuji. Kita selalu dengan "Ud'uni, fastajib lakum" Maksudnya, "Berdoalah kepada Aku, nescaya Aku perkenankan". Tapi kita tak yakin dengan JANJI ALLAH TU. Nanti sy akan ceritakan pengalaman sy kali ni utk di'relate'kan dengan ajaran Islam.

Alhamdulillah, ayam dah habis. Untung pun agak cemerlang kali ni. Lepas la kalau nak beli kereta VIOS ka, Honda CITY baru ka, dan yg seangkatan dgnnya. (Byr down payment la). Jgn salah faham. Takkan untung sampai boleh beli CITY cash kot... bnyk sgt untung kalau mcm tu. Kalau untung bnyk sampai mcm tu, nanti satu Malaysia org bela ayam pulak.

Sy dah letih berkerja keras selama 45 hari yg lepas. So, now is the time for me to rest. And I'm going to KL for 4 days. Hari Selasa baru balik dari KL. To visit my in law.

Skrg di reban tgh proses jual baja tahi ayam. Satu reban dah habis baja clear, tinggal reban lagi satu yg belum clear baja tahi ayam. Setiap pusingan, bilangan beg akan dpt dlm 2200 beg. Sy jual setiap beg dgn harga RM2.00-RM2.50. Bergantung bilangan org beli, kalau beli banyak, boleh bagi murah sket. So, duit baja tahi ayam boleh la dpt dlm RM4400. Dah lepas gaji 2 org bangla utk 2 bulan.

Next date masuk ayam mungkin dlm 17 & 20 April. Bergantung kecepatan Bangla sy basuh reban. Since sy nak ke KL ni, mungkin kerja kat sini slow sket kot without my close monitoring.

Oklah... take care. Wassalam...

1 ulasan:

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top