Assalamualaikum,

Hari Sabtu lepas aku bagi talk di Dewan Serbaguna Jawi pasal "Motivasi Usahawan". And hari Ahad pulak, bekas Ustazah aku di MRSM Taiping, skrg mengajar di MRSM Kepala Batas dtg ke Jawi. Memandangkan Datuk Noh Omar turun ke sini, wakil2 MARA semua tempat kena turun.

Di sana terjumpa Ustazah sy di MRSM Taiping dulu... Skrg dia mengajar di MRSM Kepala Batas. And Ustazah juga minta aku bagi talk kpd semua student MRSM Kepala Batas cara2 nak study. Dia dah set up date. 24 April 2009. And dia ckp, tolong ambil peluang ni utk bagi motivasi kat student suruh dekatkan diri dengan Allah.

Ni yg aku rasa susah sket ni. Ada 2 talk utk golongan sasar yg sama. Payah ni. Maksudnya, kena split dua ceramah ni. Kalau boleh tak related to each other.

Dulu dah bagi talk sekali dah dekat MRSM Taiping pasal "Keusahawanan Kerjaya Pilihan". Tapi masa tu aku combine bab study ngan bab usahawan. Maksudnya, kali ni kena prepare dua slide la utk MRSM Kepala Batas.

Dan insya Allah, memandangkan ni first time aku nak bagi talk motivasi kat student pasal belajar. Kalau lah respond dari student dan juga cikgu kat MRSM Kepala Batas nanti ni ok, aku plan nak ajak kenkawan dari UK dulu, kita buat motivasi kat sekolah2 yg berhampiran.

Bukan apa, kalau boleh, kita nak anak bangsa kita maju. Bukan saja mengejar keduniaan. Tapi, biarlah mengejar dunia, tapi akhirat tetap diutamakan. Skrg kita nak kena ubah mind set bebudak zaman skrg. Terlalu mementingkan KEDUNIAAN sehingga lupa unsur2 UKHRAWI.

So, sesiapa yg nak bagi idea apa yg kita nak emphasis kpd student2 ni... Please let me know. You idea is highly appreciated.

Moga Allah membantu. Wassalam

2 comments:

  1. future_generationMar 13, 2009, 11:24:00 AM

    bagus la kalau camtu......hope to see the future generations are back on the right track.....moga allah permudahkan jalan agar matlamat murni dpat direalisasikan......insyaallah.....

    ReplyDelete
  2. Ayuh, jom kita2 yg ada kemampuan.. sama2 kita buat apa yg termampu agar generasi muda hari ini akan kembali ke jalan yg diredhai Allah

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top