Assalamualaikum,

Smlm, 7hb March 2009. Aku dijemput oleh Bank Rakyat Jawi utk bagi talk di Dewan Serbaguna Jawi. Motif dia org, nak cari usahawan yg boleh bagi talk. Cerita experience kepada audience pasal susah senang dan mcm mana nak mula menjadi usahawan.

Bagi aku, this is quite a short notice. Aku di inform hari Isnin lepas. Hari Selasa aku ke Kelantan, dan Rabu baru balik ke Parit Buntar. Balik ke sini, aku kalut dengan ayam yang sakit. Nak call Dr, nak cari ubat utk nak recover ayam tu.

Hari Jumat pagi, aku ke Bank Rakyat Jawi, nak tanya guideline apa yg dia org betul2 nak aku sampaikan kepada peserta. So, basically, dia org nak aku cerita aku punya background bisness. Then, cerita ciri2 usahawan, macam mana nak mula menjadi usahawan, apa nak buat. Nak cari kat mana duit, cth2 usahawan berjaya, kenapa dia berjaya, cth2 usahawan yg gagal dan kenapa dia gagal. Aku citer sket amalan2 murah rezeki and buat summary.

Backdrop pentas
.
Aku di atas stage

Peserta yg dtg dlm 100 org
.
Dah habis, Pengurus Giat Mara sampaikan Cenderahati

Selepas habis talk dlm 1 jam setengah, aku puas hati dengan apa yg aku sampaikan. Masa cerita, hampir keseluruhan apa yg aku sampaikan, aku relatekan dengan pengalaman aku sendiri. Tu yg menyentuh perasaan aku. Masa aku cerita cabaran2 yg aku lalui masa buat bisness ni, aku agak sebak. Sebab masa tu memang betul2 teringat zaman aku betul2 susah masa tu.

Dan lepas talk, ada jamuan. Pengurus Bank Rakyat Jawi, Pengurus GIATMARA Nibong Tebal dan beberapa lagi peserta yg dtg jumpa dan ckp depa tersentuh dengan talk aku dan puas hati. Alhamdulillah, Sekali depa puas hati. Seribu kali aku puas hati.

Sbnrnya, plan asal minggu ni nak balik ke KL. Tapi, sebab talk ni, aku ckp to my wife, kena cancel plan tu. The reason is, aku rasa tergerak hati yg aku bertanggung jawab utk gerakkan/ubah minda org Melayu supaya kita ramai2 buat bisness. Sbb bagi aku, mental bagi kebanyakan org Melayu adalah kerja makan gaji. So, nak cuba ubah mind org org Islam agar kita semua sama sama menceburi bidang yg Nabi dah janjikan 9/10 dari pintu rezki iaitu Berniaga.

Lepas talk ni, aku dpt call dari Ustazah Che Som dari MRSM Kepala Batas, minta bagi talk pasal Usahawan di MRSM. Aku ckp, insya Allah. Kalau ada masa, kita jumpa di sana nanti.
.
Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top