Assalamualaikum,

Dah lama tak update kat blog ni... agak sibuk kebelakangan ni. 2 hari ni, my wife MC. Dia sakit, tekak, pening kepala dan selsema. Pi ke Hospital 2 hari lepas, memandangkan masa tu keadaan dia agak serius, Dr bagi MC 2 hari. Dr ckp you need some rest. Ubat yg dia bagi punya lah banyak. Nasib baik la free. Di Silterra, kalau nak ambil MC, kena ambil di Government Hospital @ di Klinik Panel saja. Since di Parit Buntar tak der Klinik Panel, so kena lah ke Government Hospital.

And mlm tadi, pukul 12.15 am..... Aku dapat call dari Bangla aku. Aku ni kalau org call waktu mlm, teramat lah sensitif. Walaupun tengah tidur mesti terjaga. Sebab selalu teringatkan ayam aku di reban. Especially kalau ayam dah besar macam ni.

Bangla miss call aja. Aku terjaga, aku dah cuak. Ya Allah, apa jadi ni kat reban.. Takutnya nak call Bangla tu balik. Sebab kalau tak ada apa2 hal, depa tak akan miss call aku tengah2 malam mcm ni. Dengan cuaknya, aku call balik.

"Bos, lampu saya ON no ON, Big reban ok, small reban atas problem, bawah no problem". Maksudnya, "Bos, saya dah switch on lampu, tapi lampu tak menyala. Reban besar ok, cuma masalah di reban kecil, di atas. Lampu tak menyala".

"Ok, Bos come now". Aku pun terus cargas ke reban. Kalau masalah lampu, tak lah masalah tu besar sangat, kalau masalah kipas, tu masalah negara tu. Jam pukul 12.20 pagi. Aku sampai reban dan start troubleshoot apa problem.

Memula aku ingat suis lampu tu yg problem. So, aku suruh Bangla switch off main switch. And aku bukak suis tu dan sambung wayar tu direct guna connector. Tapi, lampu tak nyala jugak. And then aku cek wayar tu guna test pen, current tak da. Maksudnya, bukan switch yg problem. Current tak sampai situ. Ada problem lain antara suis tu ke main switch. Aku slow2 cek wiring ke main switch, no problem.

Then aku buka main board, aku cek semua fius di situ. Rupa2nya, main fius utk lampu dah rosak. Nasib baik kat board tu ada reserve lagi 1 fius extra, aku tukar aja la tempat wayar tu and then, Alhamdulillah. Lampu menyala balik.

Pukul 1.30 pagi. baru job done. Balik rumah, aku mandi dulu sebab dah kotor. Lama sngt duduk dlm reban. Terus tahjud. And pukul 2.3o pagi, baru boleh tidur...

Pengajaran utk semua, kalau kita nak buat sesuatu perniagaan. Kita kena ambil tahu semua benda, kena belajar. Kalau jadi apa2, kita boleh buat sendiri waktu2 emergency. Sebagai contoh, kalau la sy tak pandai nak troubleshoot problem tu tadi... alamat nya ayam tu semua tidur la sepanjang mlm....

And lagi 1, kalau nak buat reban, make sure tak jauh sangat dari rumah. Kalau jauh, nanti emergency susah nak bertindak...

Wassalam

3 ulasan:

  1. alhamdulillah...dapat jumpa blog hang akhirnya...dah ke arah bisnes yer...

    walau dah lama tak jumpa..bila aku dah baca blog hang wedding semua tu..aku dah tahu serba sebanyak perkembangan hang...

    Ahmad Khir Khairuddin

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum,

    Sampai gak hang ke sini.... macam mana hang bley cari ni... Mcm mana, dapat baby dah ka?

    Anyway, mak mertua hang kat ampang kenal mak mertua aku di Keramat la. Try tanya mak mertua hang, kenal tak Kamariah, Keramat AU2. Sebab hari tu, aku tgk kad kenduri hang di ampang kat rumah mertua aku. Aku terkejut, then dia ckp mak mertua hang member dia...

    Oklah.. apa cerita hang.. wassalam

    BalasPadam
  3. memang betui pun mak mertua hang member mak mertua aku...ari tu dia ada cakap...aku cakap memang kenai sangat laa hang...

    baby belum ada rezeki lagi...insya'allah ada laa tak lama lagi tu...

    mana jumpa blog hang ni...google je laa..mohd firdaus mat saad parit buntar ayam...terus keluar laman blog hang...anyway..congrats kerana telah bejaya dalam bisnes ayam...

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top