Assalamualaikum,

Smlm pukul 2.30 ptg. Cuaca panas gila di luar. Lori pertama dah start tangkap. Tengah tangkap lori pertama, TIBA-TIBA. Kipas OFF. Yg peliknya, bukan semua yg OFF. Ada setengah yg OFF ada setengah yg ON. Ni yg sy confuse. Mcm mana jadi cam ni. Sy try ON balik kipas tu, ada beberapa kipas saja yg boleh ON. Bnyk lagi yg tak boleh ON. Dan kipas yg ON tu pun, OFF balik tiba2.

Terus sy jadi panik. Aduh, apa masalah ni.... Kecuakan melanda diri. Ayam tengah besar. Dengan umur ayam sebesar ni, current tak da boleh memberi kesan yg AMAT BESAR kat ayam. Banyak AYAM boleh mati.

Sy teringat, ADUH.. harini hari AHAD. Semua kedai tutup. Andai kata ada mana2 part yg rosak dan sy tak dak simpan part tu. Habis la sy. Sy tenang dan berselawat. Minta Allah permudahkan hadapi ujian ni.

Sy start gen set dan supply balik power ke dlm reban. Alhamdulillah semua kipas boleh berfungsi. THAT'S meant tak dak la electrical equipment yg rosak. Sy lega sket.

Sy terus cek METER TNB. Sy cek incoming power supply. Masa cek, sy tgk line warna biru give reading 0 voltage n 0 Ampere. Red and Yellow give reading as per normal.

Bila jadi mcm ni, sy tau. Ada 2 benda yg sebabkan jadi mcm ni.

1) Main Fius atas meter tu problem.
2) Incoming power supply dari TNB line biru ada problem.

Sy bukak MAIN FIUS TNB. Dia tulis kat situ, JANGAN MENCEROBOH ALAT INI kat fius tu. Sy kira apa, dulu dah jadi mcm ni. Org TNB ada ajar sy mcm mana nak buat kalau jadi cam ni.

Sy keluarkan FIUS tu, test dengan voltmeter, guna Resistence 100x. Result Zero reading. Sah, fius ni problem. Sy pi ambil fius spare dan test dia punya resistance. Reading FULL. Sy tukar fius yg baru ni dan pasang balik kat MAIN FIUS. Dan sy tengok reading kat METER. Incoming Voltage 240V. Maksudnya, power supply dah ok balik.

Sy OFF kan genset dan tukar ke TNB Supply. Buka balik semua kipas. Dan semua run as per normal.

Lepas tu, sy sujud syukur. Syukur sebab semua back to normal. Alhamdulillah. Sy continue tangkap ayam as per normal.

Mlm sebelum tu CP mesej sy, minimum lori utk smlm 8 lori. So, CP suruh sy cari org tambahan utk tangkap ayam.

Pukul 11 pagi, CP kurangkan lori, dari 8 buah lori ke 6 buah lori. Budak2 sy ckp, nasib baik tak panggil lagi ramai org. Kalau panggil lagi ramai org, upah tangkap ayam depa lagi sket.

Tapi, last last jumlah lori sebenar yg mai hari smlm hanya 4 lori. CP betul2 buat lawak la. Janji 8 lori, lepas tu tinggal 6 lori, tapi yg sebenarnya hanya 4 lori. Ni yg susah ngan CP ni, kalau kita ready org banyak, dia dtg lori sket. Bila ready org sket, dia dtg lori banyak. Susah nak plan.

Oklah, that's all for now. Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top