Assalamualaikum,

Hari ni, ayam umur 40 hari. Dah 2 hari ayam keluar. Start tangkap hari ke 38.

Hari 38 - Ayam start tangkap. Hari ni 3 lori aja yg dtg. Kira ok la utk tangkap ayam hari mula. Sy balik dari Solat Jumaat, 3 lori dah siap tunggu di reban. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Average weight ayam yg keluar hari ni, Jantan 2.3kg dan betina 2.1kg. Boleh dikatakan, pencapaian yg memberansangkan utk dpt berat mcm ni pada hari ke 38.

Hari 39 - CP call, ckp hari ni masuk 3 lori. Tunggu punya tunggu, pukul 4 lori pertama baru sampai. Budak tangkap tunggu lori tu dari pukul 2 ptg. Lepas habis tangkap lori pertama, lori kedua tak muncul tiba lagi. Sy solat la dulu. Lepas tu CP call, tambah lagi 1 lori. Ok la. Lori kedua sampai, bila habis lori kedua turunkan bakul masuk dlm reban. Hujan lebat mencurah2.

Keadaan menjadi semakin parah, hujan bertambah lebat, angin bertiup kencang, mcm nak ribut. Dan kilat sabung menyabung. Sy yg timbang ayam dlm kebasahan. Baju habis, basah lencun. Sejuk yg teramat sgt.

Lepas tu, sambung tangkap lori yg ke 3. Lori dari Alor Setar, lori ni pun satu punya siru. CP suruh pergi ke reban di Parit Buntar, dia pi ke reban di Tasek Gelugor. Dah sampai reban di Tasek Gelugor, CP call dia, suruh di ke Parit Buntar. Sebab tu dia sampai lewat.

Lori ke 4, lori Kelantan. Start tangkap pukul 9. Pukul 11 baru habis. 198 bakul lori ni. Punya la penat, sebab masa tangkap hujan masih lagi turun. Sejuk betul.

Dah lama sy tak mandi hujan. Semalam, sy mandi hujan puas puas. Malam, makan ubat selsema. Sebab memang dah tak tahan. Rasa nak demam pun ada.

Hari ke 40 - Pagi ni CP call, ckp 6 lori masuk. Harap semua lori dtg awal pagi ni. Dan harap cuaca tenang hari ni. Mudah2an senang la nak buat kerja hari ni. Dan dijangkakan, ayam di reban pertama akan habis mlm ni dan esok kita sambung ke reban lagi satu.

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan ku hari ni. Amin. Allah Humma Yassir Wala Tuassir.

Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top