Assalamualaikum,

3 hari aku tak update blog ni. 3 hari yg agak sibuk. Mcm2 dilalui dlm 3 hari ni...

25/2/09

Hari Rabu pagi, pukul 8.30 aku gerak ke Sg Petani. Company HPA ada invite aku ke sana utk dgr presentation pasal company HPA dan juga pasal pembikinan baja organik. Pukul 9.30 aku sampai ke HPA office dan depa jemput makan dulu. Alhamdulillah.. Aku pun tengah lapar.

Pukul 10.15 pagi, Majlis Perasmian oleh Pengurus Besar HPA, Tuan Hj Fisal. Dia bagi penerangan pasal background company, current and future bisness HPA. Aku respect jugak ngan company HPA ni, sebab company ni totally own by Malay dan Alhamdulillah. Company ni ditubuhkan atas dasar utk nak berikan option makanan halal berunsurkan organik kepada rakyat Islam di Malaysia.

Pukul 10.30 pagi, aku dpt call dari Mak Su aku di Bagan Serai. Dia inform aku, tolong maklumkan kat ayah aku yg Pak Long aku sakit tenat. Dah nazak. Aku call ayah aku di Kelantan dan suruh dia call balik Mak Su aku di Bgn Serai. Masa dia call, Mak Su aku inform dia Pak Long aku dah Meninggal. Then dia call aku balik inform pasal ni.

Innallillahiwainnailaihirajiun....... Aku pun mesej kpd Pengurus HPA, En Mat Akhir pasal berita ni dan aku ckp kat dia aku kena balik skrg. Before balik, dia bagi kat aku Syarat Perjanjian Kontrak Ternakan Ayam dengan HPA. Nanti aku cerita lain pasal kontrak HPA ni.

Aku bergegas pulang ke Parit Buntar dari Sg Petani. Before that, aku singgah jap kat Bagan Specialist utk ambil ubat Neurogain for my wife. And then to CP utk ambil cek ayam pusingan lepas.

Pukul 2 aku sampai di Bagan Serai. Dan ayah aku pulak bergerak dari Kelantan seorang diri pukul 11 pagi. Bila aku sampai, aku pun baca Yasin dan juga buat tahlil utk arwah. Masa tu baru sorang anak arwah yg ada. Yg lain semuanya duduk jauh. So, sampai lewat sket. Ayah aku sampai dari Kelantan pukul 4.15 ptg. Aku terkejut. Cepat nya dia bawa. Dia kata, dia drive non-stop for 5 hours. Dia takut kalau berhenti nanti tak sempat tgk abg dia.... Aku respect gak la. Bukan senang org tua nak drive non stop utk 5 jam.. Aku pun tak tau boleh buat ka tak. Kredit to Amway punya food supplement Double X yg ayah aku makan sebelum bawa kereta. Tu yg dia tak rasa penat dan boleh drive non stop.

Pukul 5.30 ptg arwah disemadikan di Bagan Serai lepas semua anak2 dia sampai. Ayah aku mengimamkan solat jenazah dan juga bacaan talqin. Mlm tu ada kenduri arwah.

26/2/09

Ayam di EP07 berumur 7 hari. Dan aku timbang. Alhamdulillah. Skrg berat dia on average jantan 180g dan betina pun 180g. Di EP11 masa umur 7 hari berat 190g dan 180g. Std berat masa hari ke 7 adalah 160g. So, Alhamdulillah ayam aku above average. Dan skrg ni aku tgh praktikkan ilmu yg aku belajar dari member di Selangor. Kalau aku tak dpt RM1.80 pun, dapat RM1.50 pun aku dah syukur... Memang mula2 target tinggi. Tapi since kali ni dpt baka ROSS, so target kena turun sket....

Dari segi ubat ayam, aku start letak EM dlm minuman ayam. Dari hari ke 8-10. Dan sembur EM dlm reban atas sekam padi selang sehari. So, kita tgk la nanti kesan EM dlm pembesaran ayam.

Dari segi cuaca, utk pusingan ni. Agak tak menentu. Kadang2 hujan renyai2. Kenkadang panas terik. So.. harap2 tak memberi kesan kat ayam2 aku..

And aku rasa skrg ni ada 2-3 org yg nak tanya aku pasal nak start biz ayam ni.. Nak entertain semua.... Bukan senang... sebab biasanya, nak cerita pasal ayam ni mana boleh through phone. Sebab banyak nak kenca cerita... Dan nak jumpa semua org pun bukan senang.. bnyk masa nak kena spend....So, sy cuba la cerita pengalmaan2 sy nak set up biz ayam ni dlm blog sket demi sedikit...

So, kepada yg berkenaan. Tolong baca blog ni start dari entry 2008 dan juga Jan 2009. Ada
sket2 info berguna pasal ayam.

That's all. Wassalam

1 comments:

  1. PENGANGGURAN DI BRITAIN

    United Kingdom sedang mengalami kemelesetan ekonomi yang amat teruk. Pengangguran sudah melebihi dua juta. Diantara yang menganggur terdapat hampir 700,000 ahli profesional.

    Melihat keadaan ini saya khuatir profesional Malaysia juga ramai yang akan menganggur.

    Berbilion pound sterling sedang digunakan oleh Kerajaan United Kingdom untuk memulihkan semula ekonomi. Tetapi tindakan ini tidak berkesan. Tidak dapat tidak United Kingdom dan lain-lain negara maju akan menjadi miskin.

    Sebenarnya pendapatan per kapita yang mereka banggakan dahulu tidak mencerminkan kekayaan mereka yang sebenar. Kekayaan mereka dahulu adalah hasil penipuan oleh pemain pasaran wang.

    Perkiraan purata mereka tidak memberi gambaran yang benar. Oleh kerana terdapat bilangan yang kaya yang begitu ramai maka perkiraan purata (average) per kapita mereka meningkat.

    Ini dapat kita lihat apabila seorang daripada seribu orang menjadi jutawan dan 999 menganggur, jika diambil pendapatan purata bagi 1,000 orang ini, pendapatan tiap seorang daripada mereka ialah seribu Dollar. Jelas yang angka per kapita yang disebut tadi menyembunyi pendapatan yang amat rendah bagi majoriti rakyat negara yang dikatakan kaya ini. Apatah lagi dengan billionaire yang begitu ramai di negara kaya.

    Sekarang orang yang kaya sudah tidak kaya lagi. Justeru itu pendapatan per kapita negara kaya ini akan jatuh dengan teruk.

    Mereka tidak akan dapat pulih kekayaan mereka sehingga bertahun-tahun. Ini adalah oleh kerana membuat wang yang banyak melalui penipuan seperti dahulu tidak lagi akan dapat membantu pemulihan. Pedagang matawang umpamanya tidak lagi boleh menekan nilai matawang seperti pada 1997-98 dan mendapat keuntungan berbilion ringgit dalam masa yang singkat.

    Bank tidak lagi boleh beri pinjaman kepada orang yang tidak berkemampuan bayar hutang (sub-prime) untuk untung besar. Dan banyaklah cara-cara penipuan yang lain yang melibat hedge funds dengan derivatives mereka yang tidak lagi dapat memperkayakan mereka.

    Kerana cara-cara buat duit cepat dan banyak ini tidak lagi terbuka pada mereka, ramai yang akan tidak sekaya dahulu. Ada yang sudah bunuh diri pun.

    Sumbangan mereka kepada Keluaran Dalam Negara dan per kapita akan turun dan kekal di paras yang rendah buat bertahun-tahun. Harapan mereka bahawa melalui bailout mereka akan pulih seperti sebelum kegawatan tidak akan jadi kenyataan.

    Malangnya kemiskinan mereka akan mempunyai kesan kepada seluruh dunia termasuk Malaysia

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top