Assalamualikum,

Sblm masuk ayam kali ni, aku target nak dpt RM1.80 sekor ayam. Kira nak buat rekod la utk kawasan utara ni dlm CP. Antara syarat nak dpt RM1.80 baka anak ayam tu kena COBB. Kalau baka ROSS susah la sket...

And, setelah aku bercuti 14 hari... Balik ke KL dan kemudian ke Kelantan... finally.. Aku start kerja balik hari ni.... Ayam dah sampai dgn selamatnya.. Alhamdulillah......

Petang tadi aku call CP, then CP me'wayang'kan aku.. Anak ayam yg hantar hari ni baka COBB. Tiba2 yg mai tu baka ROSS... ADUHHHHHHHHH... Apa mau buat... KITA MINTA APA YG KITA NAK.. TAPI ALLAH BERI YG TERBAIK UTK KITA.... So, aku redha ajalah dengan ketentuan kali ni. Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk kita... Pusingan lepas, yg ROSS dpt RM0.95 dan yg COBB dpt RM1.50... So, you can see the difference why semua org nak baka COBB.

Anak ayam kali ni yg datang agak berat berbanding biasa. Biasanya anak ayam yg dtg berat dlm 40g-42g. Tapi kali ni extraordinary, 46g-47g. Aku pun musykil ni..Tak pernah dpt anak ayam seberat ni. So, harap2 ayam ni boleh perform kali ni.

Apa apa pun... Terima ajalah... Sentiasa bersangka baik dengan Allah.. ROSS pun ROSS lah... Apa mau buat... Tapi, target nak dpt RM1.80 agak sukar... Tapi, kena usaha gak la.. Buat yg terbaik...

Wassalam....

1 comments:

  1. Sukacita saya memaklumkan bahawa Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Abdul Khalid bin Ibrahim, Dato’ Menteri Besar Selangor telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada hari Rabu, 25 Februari 2009 dan menyembah kepada baginda perkembangan hal ehwal pentadbiran Negeri Selangor serta isu yang elibatkan Yang Berhormat Elizabeth Wong Keat Ping, Adun Bukit Lanjan yang juga EXCO Kerajaan Negeri Selangor.

    Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah menitahkan kepada saya untuk memaklumkan bahawa Baginda tidak dapat memberikan panduan atau nasihat kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor dalam hal berkenaan isu Yang Berhormat Elizibeth Wong kerana ia masih dalam siasatan pihak polis dan melibatkan kedudukan Yang Berhormat Elizabeth Wong dalam politik. Sebagai Sultan Selangor, Baginda sememangnya berkecuali dalam hal ehwal politik (above politic).

    Baginda selanjutnya menyatakan keyakinan Baginda atas apa jua keputusan yang bakal diambil oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan percaya bahawa ianya dibuat secara adil dan bijaksana, dengan mengambil kira kepentingan rakyat khasnya dan Negeri Selangor amnya. Baginda turut merasa dukacita dan amat bimbang kerana sejak akhir-akhir ini perbuatan menceroboh hak peribadi dan ‘privacy’ individu telah dijadikan sebagai suatu alat untuk menjatuhkan maruah dan merosakkan imej seseorang. Adalah satu perkara yang menyedihkan apabila kehidupan dan hak individu itu dijadikan satu publisiti dan topik hangat untuk disebarkan (melalui media massa) kepada orang ramai.

    Kepada Yang Berhormat Elizabeth Wong, Baginda melahirkan rasa sedih dan simpati di atas insiden yang telah berlaku dan berharap agar beliau dapat bertenang, sabar dan menguatkan semangat untuk menghadapi dugaan ini dan meneruskan kehidupan seharian beliau.

    DATO’ HAJI MOHAMAD MUNIR BIN BANI
    Dato’ Lela Bakti
    Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top