Assalamualikum,

Hari Sabtu lepas, kitaorg pi buat normal monthly checking & scan baby kat Klinik Bersatu di Parit Buntar. After scan, Dr ckp...."It's A Boy". Alhamdulillah... So, makin ramai la cucu lelaki mak aku. Abg aku yg sulung, 4 boys. Abg no 2, 2 boyss & 1 girl. Adik aku pun 1 boy. Dan aku melengkapkan cucu LELAKI mak aku yg ke 8. Ramai laki belah kira org ni. Tu yg mungkin sebab ramai cucu lelaki. Apa apa pun, Alhamdulillah...

Lepas tu, Maria nak gi survey pulak Hospital mana yg dia nak bersalin. Di Butterworth ni ada 2 option la.. First Hospital Bagan Specialist. ( Sebab ada Specialist kat belakang, harga dia pun special gak la) Yg kedua, Klinik Muslimah di Permatang Pauh.

So, smlm hari Ahad kitaorg pi la ke Hospital Bagan Specialist. Niat asal tu nak survey aja, mcm mana facilities dia, service and so on. Kita org gi ke receptionist, dia suruh pi ke tempat bersalin. Jumpalah ngan sorang clerk ni. Dia pun cerita la semuanya.Dia kata kalau nak lebih bagus, jumpa Dr tu terus.

Kita org ingat jumpa Dr tu nak tanya and sembang pasal bersalin di situ la... Tiba2 Dr tu nak cek tu la, cek ni la... Apa la Dr ni, org nak tanya aja. Dia laju aja nak cek. Memacam. Padahal aku dah ckp dah, hari Sabtu baru buat check up. Tapi, dia nak cek gak. Biasalah, Dr pun nak cari makan gak. Kami kata, baru scan semalam. Dr ckp baby boy. Tak pa, hari ni kita dengar degup jantung dia pulak. Hmmmm.. Dia laju aja ambil 1 alat ni, mcm stateskop (betul ke eja ni) tapi ada loud speaker. Dengar la bunyi jantung baby...

So, lepas tu sembang balik pasal bersalin kat hospital tu. Dia pun ckp la. Hospital ni lengkap semua facilities. Dan semuanya, dia yg akan buat. Kalau normal delivery RM3000. Kalau Caesarean RM5000. Aku dah bagi duit RM4k to my wife. She has the opti0n to choose any hospital that she like. If she choose to deliver at goverment hospital, duit tu kira dia ambil la... And, she insist nak ke private yg complete all facilities.

Dari member2 yg kitaorg call, Klinik Muslimah di Permatang Pauh tak bnyk facilities. So, tak berani nak ke situ. The other option is KPJ Specialist Hospital di Bandar Perda BM. Tapi, hospital ni next month baru buka. Nanti kalau ada masa ke sana pulak. Survey facilites and price. Kalau sama harga mcm Bagan Specialist, KPJ ok gak. Sebab Hospital baru.

Lepas balik dari hospital smlm, my wife dah start search kat internet. Cari nama anak yg sesuai. Anyway, aku tak kisah pun nak letak nama apa pun... Asalkan membawa maksud yg baik. Tapi, my wife insist nak nama yg start ngan M F jugak. Kalau lelaki, M tu definetly Muhammad tapi yg F tu nak letak apa??? So, kalau korang ada cadangan yg bernas. Please give us suggestion in the shoutbox. Tak kisah la, asalkan ada idea yg bagus. Bagi ajalah.

* Lagi satu, siapa ada idea kat mana nak beli Neurogain??

That's all. Wassalam

2 ulasan:

  1. Apabila ketua Pembangkang di Dun Selangor, Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo melakukan serangan terhadap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dua tiga orang pembaca menggesa agar saya memberikan reaksi. Mereka mahu saya menyerang balas Khir kerana, bagi mereka, saya mempunyai banyak “peluru” untuk ditujukan kepada calon Ketua Pemuda Umno itu.
    Iklan

    Saya menjawab: “Semuanya cerita lama, saya sudah serahkan laporan lengkap, rasanya lebih daripada lima kali kepada BPR, sama ada di Putrajaya mahupun Shah Alam. Saya terbitkan akhbar tentang hal itu, ada yang dirampas, babitkan lebih 50,000 naskhah, kereta dipecahkan dan kemudiannya sakit hampir dua tahun!”

    Bagaimanapun, apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dikatakan mahu membanteras amalan rasuah, suatu jenayah paling merbahaya dan kronik, secara lebih serius dan menyeluruh itu, melalui Ketua Pesuruhjayanya, Dato’ Seri Ahmad Said Hamdan membuat kenyataan bahawa terdapat bukti-bukti kukuh menunjukkan Khalid menyalahguna kuasanya berhubung penyelenggaran kereta peribadinya serta pembelian 46 lembu korban, saya dihubungi lebih ramai pembaca.

    “Sudah sampai masanya saudara bongkar kembali kes-kes lama Khir Toyo, yang babitkan jauh lebih banyak wang rakyat dan pembayar cukai,” tegas seorang pembaca yang mengaku mengikuti setiap laporan saya terhadap BPR. “Saya tidak mahu jadikan ia konflik peribadi berpanjangan,” sambut saya. Pastinya saya yakin mereka tidak puas hati dengan jawapan mengelak itu.

    Mengenali agak dekat karenah BPR ketika mula membuat laporan rasmi di ibu pejabatnya, di Putrajaya, pada 23 Oktober 2001, saya langsung tidak menaruh keyakinan bahawa badan itu boleh bertindak efektif memerangi rasuah dan salahguna kuasa, apatah lagi menyedari bahawa ia merupakan jenayah paling sukar untuk mendapat kerjasama saksi.

    Selain itu, kes rasuah yang sering menjadi pendakwaan terpilih Jabatan Peguam Negara diperalatkan untuk kepentingan politik parti pemerintah, yang menguasai kerajaan pusat.

    Sikap kakitangan BPR pula jarang menunjukkan mereka meraikan sumber yang bersedia memberi maklumat, terutama apabila berkaitan jerung-jerung besar yang dekat dengan serambi kuasa, sementalahan pula jika membabitkan tokoh-tokoh utama BN.

    Kadang-kadang, belum pun kita melangkah keluar dari pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR), laporan kita sudah difaks kepada tokoh yang kita adukan kesnya itu. Jadi, mana-mana yang masih boleh “dibetulkan” tentulah akan diperbetulkan segera, selain menghilangkan bukti-bukti yang ada.

    Saya bersetuju dengan pandangan sinis yang mengatakan BPR ada kalanya bertindak sebagai “badan yang membersihkan orang yang dituduh rasuah”, bukannya agensi untuk memastikan setiap tuduhan, walaupun tidak dibuat secara rasmi, termasuk melalui surat layang, akan disiasat sampai “ke lubang cacing.

    Malah, BPR lebih berminat untuk mengetahui dari mana sumber yang mendedahkan info rasuah itu kepada pengadu. Justeru, semakin kecillah bilangan warga prihatin yang mahu “menyusahkan diri” untuk memberi maklumat.

    Rupanya hanya sekadar nama yang bertukar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, tetapi perangai masih membeku di tahap lama. Lihat saja aduan rasuah kepada Abdul Khalid Ibrahim.

    Difahamkan sekumpulan penyiasat SPRM berkampung di bangunan SUK, Shah Alam, mengesan apa jua bukti untuk menyabitkan Menteri Besar Selangor itu. Saksi-saksi dicari termasuk secara “ugutan”. Nampaknya usaha dilakukan dengan “penuh minat” sehingga Ketua Pesuruhjayanya tidak sabar-sabar lagi mendedahkan hasil siasatan, sesuatu yang tidak berlaku selama ini.

    Benar seperti kata peguam Khalid, Sankara Nair, tindakan SPRM itu, harus dipandang berat kerana anak guamnya - seorang ahli politik pembangkang - telah ditonjolkan agar kelihatan bersalah “di mata umum sebelum beliau didakwa dan didapati bersalah oleh mahkamah”.

    Saya cuba membayangkan, alangkah baiknya jika SPRM dapat bertindak proaktif, seperti dalam kes Khalid, kepada semua kes yang diadukan kepada mereka termasuk usaha sogokan membeli Adun-Adun Pakatan Rakyat bagi menumbangkan kerajaan-kerajaan negeri tertentu.

    Banyak lagi nak diceritakan tentang kes rasuah ini

    BalasPadam
  2. Salam.. sekadar cadangan.. boleh cuba try test di Hospital Columbia Asia di Taiping.

    Hospital baru.. new and latest facilities. Tak sesak dengan pesakit sangat. Doktor sakit puan pun melayu... dan kosnya jauh lebih rendah dari lain-lain private hospital.

    Bukan la nk kempen atau nk promote sangat.. just nk share info je coz my wife just delivered in that hospital last march.

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top