Assalamualaikum,

As mentioned before, mlm semalam ayam aku sampai. Baru 1 reban. Lagi satu reban aku masuk hari Khamis mlm.


Ini gambar Bangla aku tengah keluarkan anak ayam dari kotak. 1 kotak 100 ekor anak ayam.

Ni gambar anak ayam mlm semalam. Lepas semua kotak dah dibuka. Yg warna merah, bekas makanan anak ayam. Yg warna putih, tong minuman anak ayam. Dan 'Nipple Line' utk support anak ayam minum. Yg kanvas kat belakang tu, nak cover bagi angin sejuk tak masuk dari arah belakang. Masa anak ayam, penting utk bagi anak ayam berada dlm keadaan panas.

Ni gambar aku ambil pagi tadi. Bangla tengah bersihkan bekas makanan anak ayam.

Dlm aku dok prepare reban sebelah, tiba2 Heater anak ayam aku rosak. Bukan 1 heater yg rosak. 2 heater yg rosak. Aduh.. parah ni... Aku terus call contractor aku... Then dia terus call supplier utk dtg repair balik heater ni. Masalah negara ni. Sebab esok anak ayam dah nak masuk. Harap2 dia boleh repair esok.
.
Lepas tu, sebelah petang, aku keluar dengan kontraktor aku utk cari kereta. Aku nak cari kereta utk adik aku. Dia skrg terkapai2 sbb tak dak kereta. Dulu kerja kat KL. Share kereta ngan wife dia. Skrg dia outstation setahun kat Lumut. Tak dak kereta. So, aku pun pi la cari kereta yg sesuai ngan dia. Dia target dlm RM15k ke bawah. Tak leh mahal2 sgt, sebab aku gak yg nak jadi Bank tak ber'interest' dia....
.
Setelah meronda ke 1 kedai Cina di Nibong Tebal, aku punya kontraktor, Leong ckp. Lu diam sudah. Lu jgn cakap apa2. Biar aku kautim ngan tauke kedai ni. Apa apa, lu tengok saja. Aku ngan dia pun masuk ke kedai. Kami pusing tgk semua kereta yg ada kat situ. Dan Leong mcm terminat ngan 1 kereta Iswara Aeroback 1.3 warna kelabu. Tahun 2003. Boleh tahan gak. Tak dak la lama sangat kereta tu. Kira not bad la.... Aku tgk tanda harga kat Dashboard kereta tu. RM19,000. Perghhh.. mahal nya.. budget aku below RM15k. Aku cakap la kat Leong, kereta ni mahal la...
.
Dia terus ckp, aku sudah ckp sama la. Jgn cakap apa apa.. Lu diam sudah. Biar aku kautim sama ini tauke. Dia ckp kat aku, dia nak minta kat tauke tu RM14,000. Dia ckp, lu diam.
.
Setelah dok sembang ngan owner ni.... Baik punya dia kelentong.. Last2 tauke kedai tu bagi RM15000. Aku terkejut.... Before this, aku ada gak pi ke kedai kereta yg lain. Biasanya, tauke kedai akan bagi offer dlm RM1000 aja dari harga yg dia tulis. Rupa2nya, margin RM4000 still boleh minta. Bayangkan, dia tulis RM19000, tapi dia bagi RM15000. Kalau la, aku pi minta RM17k @ RM18k, senang2 aja dia bagi.
.
Utk kepastian, aku contact member yg jual kereta gak. Tanya dia kalau kereta Proton Iswara 1.3 Tahun 2003. Harga mula RM19, 000 then dpt tawar sampai RM15,000 boleh beli tak. Dia terkejut. Dia cakap, murah tu... Boleh sangat la..... Dia pun kata dia pun ada satu kereta Iswara gak. Same spec, dia pun boleh offer aku RM15,000. Aku pun terkejut gak... Smlm masa aku pi kedai dia, tak dak dia offer sampai RM4000. Tapi hari ni, sebab aku dah cek kat kedai lain, terus dia pun bagi.
.
Rupa-rupanya, pengajaran yg kita boleh dpt kat sini..... Kalau nak tawar kereta, kena tawar gila2 sebab tauke kereta tu memang dah ambil margin untung yg tinggi. Dan aku rasa, advantage aku sbb pi ngan Leong. Dia memang pandai tawar menawar. Memang before this pun, kalau aku nak beli barang2 yg mahal, aku akan bawa Leong. Dia memang HEBAT dlm membeli barang pada harga termurah....
.
So, esok pagi, aku kena pi kedai tu. Hantar adik aku punya IC ngan photocopy lesen. Baru dia org uruskan tukar nama, insuran, dan roadtax. And buat pemeriksaan kereta di PUSPAKOM.
.
Ni gambar kereta yg aku pi tengok tadi...

Ni la gambar kereta tu... Ok la.. Boleh tahan....
.
Dan hari ni, Alhamdulillah. Mak aku dah selamat menjalani pembedahan utk tukar kepala lutut dia dengan besi di Hospital Kubang Kerian, Kelantan. 6 bulan lepas, dia operate tukar besi di lutut kanan. Dan hari ni, tukar besi di lutut kiri pulak. Ptg tadi, aku dpt call dan ckp ngan dia, dia mcm nak nangis, dia ckp sakit gila.... tak tahan sebab ubat bius tak masuk....
.
Thanks to Dr Amran ( Biras abg aku yg sulong ) sebab lead this operation. And, FYI my brother also involve in this operation. He is a Plastic Surgery Doctor at HUSM Kubang Kerian. Ni yg untung kalau anak jadi doktor. Kalau sakit apa2, anak boleh rawat sendiri. So far so good. Harap my mum recover soon and back to Parit Buntar ASAP. Let's pray for her health.
.
Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top