Assalamualaikum,

Setelah membuat percubaan kali ke 3, baru gambar gambar ni semua boleh upload...

VIP yg hadir, YB Datok Hj Muhammad Muhiyuddin, Ahli Majlis MARA, Pengarah & Timbalan Pengarah MARA Negeri Perak.

Antara hadirin yg hadir dlm Majlis AURA tu...

Pemenang2 bergambar dengan VIP. Aku berdiri kanan sekali.
.
Hari ni 5 Feb 2009, pagi pagi lagi pukul 6.30 pagi aku dah gerak... Ke Batu Gajah Clearwater Sanctuary Golf Resort... MARA Negeri Perak organise event utk bagi anugerah kpd usahawan2 bumiputera yg berjaya utk tahun 2008-2009.

Pukul 9.15 kami tiba di tempat lokasi..... Majlis sbnrnya akan bermula pukul 10 pagi.. Majlis dirasmikan oleh YB Datok Muhammad Muhyiddin Bin Abdullah.. Ahli Majlis MARA... Turut hadir majlis ni Pengarah MARA Perak dan Timbalan, Pengetua MRSM di seluruh Perak, dan usahawan2 yg dicalonkan utk anugerah setiap bahagian.

Anugerah dibahagikan kepada 3 bahagian. Anugerah Usahawan Berjaya, Anugerah Usahawan Muda Berjaya dan Anugerah Lepasan IPMa Berjaya.

Dan Alhamdulillah... Allah memurahkan rezeki aku.... Aku menang Anugerah Usahawan Muda Berjaya kategori Pertanian. Semua pemenang bagi setiap anugerah dpt Sijil Penghargaan, Plak dan juga Cek berjumlah RM4, 000. Alhamdulillah.. Mungkin ni rezeki anak aku yg akan muncul awal bulan 6 nanti. Insya Allah..

Kepada pihak Mara Kerian dan Mara Perak, sy ucapkan jutaan terima kasih kerana memberi penghargaan ni kepada sy. Walaupun sy rasa banyak lagi calon calon lain yg tak kurang hebatnya utk dianugerahkan hadiah ni... Kepada yg kurang berjaya, tak pa kita cuba lagi.. Mudah2an Allah murahkan rezek kita di lain kali... Amin....
.
Masa disana, ditakdirkan Allah, aku duduk di sebelah pemenang Anugerah Usahawan Berjaya Kategoi Pertanian. En Azmi dari Setiawan. Besar tak besar dia punya projek... Dia tanam mangga dia kata tak lah besar sangat. Sket ajer... Dlm 200 ekar aja... Dan dia pasarkan semua mangga tu ke FAMA. Dan dia dlm proses nak develop lagi 500 ekar utk tanaman mangga. TAPI, dia kata yg tu bukan main biz dia... Perghhhhhh.... Tanam mangga 200 ekar, dia ckp bukan main biz dia... Aku tanya la.. apa yg dia buat lagi.. Dia kata dia skrg bela ikan tongsan... Ada la sket.. dlm 5 kolam.. Saiz satu kolam tu tak lah besar sngt...Dlm 2-3 ekar saiz satu kolam.
.
Kolam ni dulu bekas lombong bijih timah.... Setiap kolam ada ikan tongsan dlm 300 000 ekor...Dan makan tak payah bagi. Sebab dia sewa kan kolam tu kepada cina utk bela itik. Bila itik tu berak, tahi dia akan masuk dlm air dan jadi baja utk pembesaran plankton2 yg sesuai utk jadi makanan ikan... So, tak dak la modal makanan ikan. Yg perlu modal anak ikan aja la. Sekor 50 sen. Kalau 300 000 dah RM150 000. Kalau 5 kolam, dan RM750 000. Tu baru modal..... OK, masa harvest pulak... Setiap kolam... dia kata average sekor ikan yg keluar dlm 3 kilo. So, kalau 300 000 x 3 kg = 900 000 kg. Dan harga sekilo RM2.20.. So, dlm satu kolam.. boleh la dpt antara RM1 juta - RM2 juta sekali harvest dlm tempoh setahun. Kalau 5 kolam.. Apa mcm? Boleh buat ka kita...
.
Sebab dia punya rekod dengan bank semua cantik. Sampai Bank Pertanian berani bagi kat dia loan RM5 juta tanpa cagaran dan penjamin. Cuma kena buat FD aja dlm RM200 000. Dia pun ajar la aku skill mcm mana nak dpt benda tu... So, dpt la aku ilmu ilmu baru...
.
So, bnyk gak ilmu yg aku dpt bila jumpa dengan dia....Thanks En Azmi...
.
Lepas majlis tu, ada Jamuan Makan. Aku duduk satu meja dengan Pengetua2 MRSM sekitar Perak. Dan aku pun bersembangla dengan Pengetua MRSM Taiping. Cakap la kat dia aku pun ex-MRSM Taiping. Fuh... Dia pun kata, bukan you dulu ada bagi talk dekat student ka MRSM. Pasal keusahawanan kerjaya pilihan. Dia ckp dia ada tgk aku punya slide yg aku present hari tu.
.
Oklah... Skrg, masa utk fikir... Mana nak cari duit utk buat loan baru.. Utk buat reban baru... Fikir2... Bukan senang oo.. nak cari wang.... Nak bagi org confident kita boleh bayar balik...
.
Wassalam...
.

1 ulasan:

  1. Bro..Big congratulations to you!So proud of you!Tabik la Fidot!

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top