Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya Aidiladha... Memandangkan sy agak busy dan keletihan sepanjang sambutan korban, so tak ada entry for the last 7 days... Semua adik beradik sy balik rumah utk merayakan Raya Haji tahun ni. This year, masa hari raya Aidilfitri, kami semua beraya di rumah mertua as my parents buat umrah masa penghujung Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri.

Di sini, ibadah korban di buat pada hari raya ke dua. Tempat di Surau Al-Najah Simpang Empat. Tahun ni, 5 ekor lembu dikorbankan. Dan family aku turut korban seekor lembu di surau tu.

Sambutan kat kampung betul2 meriah. Masa hari sembelih lembu, hampir sekampung pi ke surau utk bergotong royong sembelih lembu, lapah lembu, potong, timbang dan agihkan daging lembu ke semua penduduk sekitar surau.

Ok.. kat bawah ni ada sket gambar kemeriahan sambutan majlis hari raya korban tahun ni.


Acara start pukul 7.30am. Org ramai dah penuh di surau Pemuda Spg 4 dlm usaha menjatuhkan lembu pertama Lembu pertama dah jatuh, ready utk disembelih
Yusuf Haslam ( Baju Biru tengah ) buat-buat sibuk
Lembu sedang dilapah kulit. Siap ada 2 org jadi pemerhati bebas lagi Warga emas turut terlibat. Buat kerja2 ringan. Daging ditimbang dan ready utk diagihkan Pemuda gotong royong basuh pinggan, mangkuk dan talam Gotong royong bersihkan balik kawasan surau

Secara keseluruhan, sy amat berpuas hati dengan penganjuran ibadah korban kali ni. Cuma, harapan sy. Pemuda2 yg dpt hadir pada hari korban ni turut dapat serta dlm solat2 fardhu secara berjemaah di surau.
Majlis tamat pukul 10.30 pagi. Dan lepas tu, pukul 12 tgh hari... Rumah sy pulak buat kenduri akikah anak saudara sy... Cumanya, lupa ambil gambar. So, tak der la gambar utk majlis tu..
Wassalam
Mohd Firdaus

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top