Bermula dengan minat mendalam terhadap nasi ayam, kini Mohamed Zaidi Mohamed Nooh, 41, pemilik Restoran Nasi Ayam Periuk Besar (NAPB) bukan sahaja terkenal di Kedah malah berjaya mengujudkan 18 cawangannya di beberapa negeri di Utara dan Selangor.

Cawangan-cawangan yang beroperasi secara separuh francais itu termasuklah enam di Kedah, Pulau Pinang (empat), Perak (lima), Selangor (dua) dan Perlis (satu)."Cuma sebuah cawangan sahaja yang diusahakan oleh anak lelaki saya Mohd Zainol Hizar, di Kulim manakala yang lainnya pula dijalankan oleh individu yang menggunakan segala perencah resepi nasi ayam yang dibekalkan oleh syarikat (Nasi Ayam Periuk Besar Enterprise)," katanya ketika ditemui di restoran utamanya di Kampung Kepala Titi, Sungai Kob, dekat sini hari ini.

Restoran berukuran 2,000 kaki persegi yang beroperasi sejak 2002 atas nama Nasi Ayam Periok Besar Enterprise terletak di tebing Sungai Kob dan di tepi jalan raya KM16 Jalan Kulim-Mahang, kini mampu membekalkan perencah nasi ayam sebanyak 2.0 tonne sebulan kepada cawangan-cawangannya.

Beliau kini berhasrat meluaskan lagi usahanya ke arah mewujudkan taraf francais nasi ayamnya itu dengan menyasarkan pembinaan sebuah kilang memproses perencah nasi ayam berharga RM1 juta disebuah tapak berhampiran dengan restorannya yang berharga RM180,000.

Katanya kilang itu kelak akan didirikan di atas tapak seluas 0.5 ekar dengan kemudahan pusat penyembelihan dan memproses ayam, peti sejuk beku dan mesin memproses rempah dan perencah nasi ayam yang lebih kemaskini."Dengan wujudnya kilang ini kelak, saya berazam mengeluarkan perencah nasi ayam antara 5.0 hingga 6.0 tonne sebulan dan mampu membekalkan kepada lebih 50 lagi cawangan di seluruh Semenanjung"," katanya penuh semangat.

Mohd Zaidi berkata beliau memulakan perniagaan nasi ayam, bihun sup, dan mee kuah ketam sejak 25 tahun lepas dengan menggunakan sebuah kereta sorong roda tiga di Pekan Karangan, dekat sini, yang terletak kira-kira 2.0 kilometer dari lokasi restorannya sekarang ini. Pada permulaannya, katanya beliau cuma mempu menjual dua ekor ayam sehari yang kemudiannya meningkat sehingga 25 ekor sehari dilokasi pertama itu. "Sejak 2000, selepas berpindah ke lokasi sekarang, jualannya meningkat hingga 120 ekor ayam dan 90 kilogram nasi sehari dengan bantuan 14 orang pekerja," katanya.

Beliau berkerja sebagai pemandu teksi sebelum menceburkan diri dalam bidang itu.Menu utama yang disediakan restoran tersebut adalah nasi ayam mengikut pilihan pelanggan iaitu sama ada Ayam Madu, Ayam Panggang dan Ayam Dot My selain Ikan Bakar (Mas Merah), Ikan Goreng Dot My dan Puyuh Madu. Pelanggan utamanya ketika itu ialah pekerja kilang dari Kawasan Perusahaan Berteknologi Tinggi Kulim (KHTP).

Katanya resipi produknya banyak dicipta dan ditambah baik oleh isterinya, Norhiza Abdul Aziz, 40. Selain itu, Mohd Zaidi berkata turut menyediakan pakej hidangan nasi ayam untuk majlis kenduri kahwin dan keraian.

3 comments:

  1. saya suka makan nasi ayam ni.
    dan saya bangga dengan usahawan mcm saudara kita nie. Tapi dia punya taste tak sama la QC kena cek balik.
    dekat sg kob ,memang sedap kat caw bertam - tak sedap dan sp pun tak sesedap sg kob.
    Qc kena lebih sikit, bagi sama rasa kat mana pun.

    kunjungi saya di www.guitaril.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Betul... Setuju... Kat Parit Buntar makan pun tak sedap mcm yg kat main dia di Sg Kob. Nak rasa nasi ayam periuk besar yg sebenar, kena ke sg kob la nampak gayanya... kena improve QC balik la...

    ReplyDelete
  3. saya tauke nasi ayam. hampa suka2 ja kutuk aku . inilah org melayu. mcm la hampa bela ayam baguih sgt

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top