Assalamualaikum,

I'm home. Mlm tadi aku selamat sampai di Parit Buntar pukul 3.00 pagi dengan penerbangan Air Asia dari Pudu Raya ke Terminal Parit Buntar. Bertolak pulang dari JB pukul 3.15 ptg dengan kereta. Tumpang Shaz ngan Emy. Sampai KL, singgah rumah in law kat Keramat before naik 'flight' pukul 11 mlm.

To Riza, my best friend... SELAMAT PENGANTIN BARU.... Kenduri di Taman Universiti, Sekudai, Johor. Aku sampai rumah kenduri pukul 1 ptg. Masa sampai, hujan renyai-renyai. Dan smlm, sepanjang kenduri tu, hujan turun renyai2. Hujan rahmat lah tu Riza.

Pukul 2.15 pm baru pengantin lelaki sampai. Yg menariknya, pengantin lelaki siap kena tol lagi. Kena "pau" ngan mak cik2 Riza.. Mungkin tradisi kat sini kot, muka pengantin perempuan kena cover dulu... Sampai semua tol selesai, baru pengantin lelaki boleh tengok pengantin perempuan.

Masa sessi bergambar atas pelamin, punyalah ramai org. Nak tgk pun dari jarak jauh aja. Nak menggambarkan betapa ramainya sepupu sepapat Riza nak tgk dia atas pelamin.

Lepas tu sesi SANTAPAN DI RAJA. Riza makan tak ingat nya... Punyalah banyak. Lupa nak ambik gambar pinggan dia... Takut nanti Azreen hentam aku pulak kacau bini dia.

Anyway, enjoy gambar wedding Riza ni. Tak banyak sangat gambar ambil, susah gak. Sebab hari hujan. Wakil dari kelas 511 MRSM Taiping 97/98 yg datang Aku, Shaz, Emy, Khafiz & Wife serta Nurul Izzah. Bebudak MRSM lain yg datang Azrul Nizam ( AYUN ), Dr JAJA, dan Farah 512. That's all..

To Riza and Azreen, SELAMAT PENGANTIN BARU, MOGA BAHAGIA HINGGA KE SYURGA... amin......

Wassalam..
Mohd Firdaus


Riza D'Anggun dgn barang hantaran

Saudara mara Riza di meja pengantin

Riza D'Anggun dengan Azreen

Wakil MRSM Taiping '98 Ayun, Aku, Kapis, Wife Kapis, Nurrul Izzah, Shaz & Emy

5 ulasan:

  1. comeinya riza....nmpk lain sgt.akhirnya kawin jugak kawan kita...mesti meriah kan majlisnya...aku tak dpt nk dtg sbb sepupu husband aku pun kawin at the same date..anyway congrats to both of you.nk dpt baby dah kan?take care...kem salam wife :)

    BalasPadam
  2. Riza smlm nampk cam kurus sket... Mungkin dia dok diet kot.. Tapi, lepas ni... mesti pam angin balik.. hhaha...

    BalasPadam
  3. sedih beb tak dapat dtg kenduri Riza...ada tanggunggajawab lain kena buat....fidot, upload la gambo byk skit...

    Didoakan semoga pasangan Riza & Azreen berbahagia hingga ke akhir hayat...Amin...

    BalasPadam
  4. pacik nak datang. tapi ada masalah transport. transport yg pacik naik sampai kenduri di labis saja huu~

    maaf macik, pacik tak dapat datang. semoga bahagia hingga ke akhir hayat.

    @firdaus: nape pacik rasa "pam angin" tu mempunyai konotasi luar biasa? ;p

    p/s: baru pacik tau mana riza dapat bakat "mengepau" kita semua. rupanya tu bakat turun-temurun ^_^

    BalasPadam
  5. aku nak pi jugak!!!!!!!

    malangnya driver aku jatuh sakit :(

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top