Assalamualaikum,

Memandangkan ada yg bertanya, biar cerita di sini. Di mana kita boleh dapatkan loan utk buat projek2 yg melibatkan pertanian.

1) MARA

Utk Bumiputera saja. Maksimum loan RM250 000 utk personal. Syaratnya :
a) Kita sudah menjalankan busines tu sekurang kurangnya selama 6 bulan dan menunjukkan prestasi perniagaan yg baik. Baru kita boleh minta loan RM250000 untuk kembangkan perniagaan. ATAU
b) Kita ikut kursus yg disediakan oleh pihak MARA. Kursus asas perniagaan, kursus keusahawanan dan kursus2 berkaitan perniagaan ANJURAN MARA. Kursus ni ambil masa selama 6 bulan - 1 tahun. Kalau ikut kursus ni, kita tak perlu pengalaman dlm bidan tu. Kira fresh la...

Dengan MARA, kita kena sediakan cagaran bernilai 10% dari nilai pinjaman. e.g pinjaman RM250 000, cagaran tanah atau rumah bernilai RM25 000. ATAU kita kena sediakan 2 penjamin yg jumlah gaji 2 org ni sekurang2 nya 3% dari nilai pinjaman. Maksudnya, jumlah gaji dua org penjamin > RM7500 utk pinjaman RM250 000. Kalau pinjaman < RM50 000, tak perlu cagaran dan tak perlu penjamin.

2) AGRO BANK

Buat loan dgn Agro Bank unlimited. Maksimum RM 5 juta. Tapi kita kena sediakan cagaran yg amat tinggi. Andainya kita ada rumah atau tanah yg bernilai RM500 000, kita baru boleh buat pinjaman RM350 000. Dan Agro Bank ni, frankly speaking... walaupun iklan dia nak tolong usahawan, tapi sebenarnya AGROBANK ni kira ALONG BERLESEN GAK LA.... Sejak di swastakan AGROBANK ni awal tahun ni... mereka semakin mengganas. Peminjam yg tak bayar loan dlm tempoh 3 bulan, akan diambil tindakan susulan. Yg berakhir di mahkamah. Dengan cagaran yg kita cagarkan tu di rampas oleh pihak bank. Nauzubillah. Dgn Agro Bank, kalau kita still fresh pun boleh buat pinjaman.

3) Dgn PUNB

Boleh gi cek kat PUNB. PUNB pun bagi pinjaman kepada usahawan baru. Sy tak tahu sgt info pasal ni.

Dari segi bayaran balik. Utk 4% yuran perkhidmatan, pinjaman selama 8 tahun. Pinjaman sebanyak RM80 000, bayaran bulanan RM 1000. So, kalau pinjam RM160 000, bulanan RM2000.

Rasanya cukup kot info pasal loan bank ni.

Wassalam

2 comments:

  1. tak der harta nak buat cagaran...camno nak biz..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum, abg firdaus, saye nak tanyer sikit nie.... saye dah ternak ayam selama satu tahun..tapi secara kecil kecilan sahaja... so sekarang nie memg dah ade custermer.. masalah sekarang nie stok ayam tak mencukupi kehendak pelanggan... jadi saya bercadang untuk membual pinjaman marah untuk kembangkan lagi perniagaan saye nie.... jadi saye nak tahu..(1)dalam kiraan abg kos untuk menternak 5000 ekor berapa ye...(2) lagi satu berapa loan yang saye boleh pinjam sebagai permulaan maklom la saye nie orang baru... takot2 apply banyak tak lulus pulak nanti... harap abg dapat bg pendapat dan cadangan ye...terima kasih ......

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top