Assalamualaikum,

Hari ni sy nak share dengan semua satu masalah saya. Sy terpaksa memilih satu antara dua syarikat ni. Sama ada sy nak stay dengan CP atau pun nak beralih angin dengan HPA.

FYI, CP and HPA adalah dua syarikat integrator ayam. Dua dua supply ayam utk farmer. Skrng ni, sy bela ayam dengan CP. Cumanya, sedang mengushar ushar peluang yg ditawarkan oleh HPA.

Dengan CP, sy boleh untung mencecah RM1.40-1.50 seekor satu pusingan. Dlm masa yg sama, sy boleh dpt RM0.40-0.90 seekor kalau ayam ada problem. And worst case scenario, boleh rugi. So, semuanya bergantung kepada keadaan ayam yg dpt pusingan tu. Kalau dpt elok, elok la, kalau tak. Habis la.

Dengan HPA, company ni offer keuntungan RM1.08 seekor ayam bagi setiap pusingan. Keuntungan dgn company ni adalah fix. Sebab dia sebenarnya bagi kita upah untuk jaga ayam dia. Dia bayar upah RM1.08 seekor ayam.

Jadi, tak der lah nak pening pening kepala mcm sekarang. Kalau ayam sakit bela ngan CP, parah kita dibuatnya. Kalau ayam elok. Memang lah untung lebih.

So, sekarang aku di dlm di lema. Aku tengah mencari info2 pasal HPA dan aku tengah solat istikharah sekarang.

"Ya Allah, sekiranya Kau takdirkan aku bela ayam dengan CP adalah yg terbaik utk aku, buat masa kini dan masa akan datang, untuk kehidupan aku di dunia dan kehidupan aku di akhirat, aku memohon pada Mu, tetapkan lah hati ku untuk bela ayam dengan CP.

Tetapi Ya Allah, jika Kau takdirkan aku bela ayam dengan HPA adalah yg terbaik utk aku, buat masa kini dan masa akan datang, untuk kehidupan aku di dunia dan kehidupan aku di akhirat, aku memohon pada Mu, gerakkanlah hati ku untuk bela ayam dengan HPA.

Ya Allah, aku memohon pada Mu, Kau berikanlah apa yang Engkau tetapkan yg terbaik untuk aku. Engkaulah yg Maha Mengetahui akan segala sesuatu. Amin. Ya Rabbal Alamin."

Moga Allah beri yg terbaik.

Wassalam

1 ulasan:

  1. Narrated Hakim bin Hizam:

    I asked the Prophet (for some money) and he gave me, and then again I asked him and he gave me, and then again I asked him and he gave me and he then said, "This wealth is (like) green and sweet (fruit), and whoever takes it without greed, Allah will bless it for him, but whoever takes it with greed, Allah will not bless it for him, and he will be like the one who eats but is never satisfied. And the upper (giving) hand is better than the lower (taking) hand." R- Shahih Bukhari

    -Be thankful to HIM-

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top