Assalamualaikum,

Hari raya kedua, keluarga sy buat kenduri akikah anak saudara dan korban. Kami jemput saudara mara dan jiran jiran utk mai makan tengah hari di rumah kami.

Since kami buat korban dan akikah di surau sekor lembu, kami ambil daging dan tulang sket, kemudian upah orang masak. Menu simple, nasi beriyani daging, daging masak kalia dan air asam. Janji pukul 12.00 tgh hari kena siap. Daging kami bagi, cuma dia kena beli barang2 utk masak saja.

Pukul 11.30 pagi, abg2 sy pi ke tempat masak ( jarak dlm 1km ) dari rumah. Masa pi tu, daging yg kami hanta pukul 8.30 pagi tu masih lagi belum masak. Dan org perempuan yg dah mai pukul 10 pagi dah hampir nak habis marhaban, baca yasin dan tahlil. So, depa pun dok tunggu makan. Pukul 12 tgh hari, org lelaki pun punya la ramai yg dah mai. Masa tu, satu lauk pun tak siap lagi. Perghhhh... Punya la kami cuak....

Kami ulang alik ke tempat masak tu, angkat apa yg siap. Mula2, nasi beriyani dan air asam saja yg siap. Kami angkat la dulu, dan org first batch makan nasi daging dengan air asam saja la. Kuah pun tak dak. Apa mau buat.....

Lepas tu, dekat pukul 1ptg , baru lauk daging masak kalia siap... Masa tu org pun dah surut. Cuma ada sket2 saja lagi yg mai.. Tapi, lauk punya lah banyak masa tu. Naya la, lauk tak habis kali ni.

Oklah, kita tutup la pasal masak lambat. Kita settle bab bayaran pulak.

Lepas tu, masa nak settle bayaran. Dia kata total barang yg dia beli RM317. Dan upah masak dia RM600. So, total RM917... Terkejut biawak dengar... Makan lebih kurang untuk 150 org, daging kita bagi.. Cuma dia masak dan beli sket2 barang, kos mencecah RM917.

Kalau la di kampung, biasanya, kalau semua barang dan lauk dimasak dan dibeli oleh tukang masak, kos dia RM20 saja setalam utk 4 org makan. That's meant, RM900 boleh dpt 45 talam. Dan boleh makan utk 220 org makan. Bila kita bayar RM900, kita dpt 45 talam, semua lauk dan barang dia yg beli, dia dtg servis kat rumah kita.

Tapi kali ni, RM917 kami kena bagi daging, kami kena ambil barang sendiri, kami kena servis sendiri. Dan makan utk lebih kurang 150 org makan saja. Lepas malas nak ckp lebih, kami minta kurang. Dan ckp kami bayar RM617 saja. Last2 dia setuju.

Cuma, yg sy nak highlight kat sini.... Buat bisness memang nak untung. Tapi nak untung pun, agak agak la... Kalau nak makan org pun, jgn sampai tulang... Makan sket2 dah la...

Tapi tu lah, agak2 kalau buat mcm ni.. lepas ni boleh upah dia lagi tak.. Rasanya, first and last lah... Nak buat cam na, tukang masak yg kami biasa ambik, busy sket hari tu... Kena masak tempat lain...

Apa apa pun, kita fikir lah sendiri. Cina selalu kata, bisness mau lama.. Bukan mau satu kali saja. Mau banyak kali....

Wassalam

1 ulasan:

  1. alah, apa ada hal. bukan leh kaya pun buat macam tu. dan kita bukan boleh miskin kalau kena macam tu. halal kan saja kita dapt pahala, dia tak dosa.

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top