Assalamualaikum,

Petang tadi, dalam pukul 5.30 petang, aku dapat satu call dari member aku di Shah Alam. Abang ni ada bela ayam di Kajang 27 000 ekor dan di Kuala Selangor 30 000 ekor. Total dia bela 57 ooo. Lagi banyak dari apa yang aku ada.

Dia call aku, ucapkan terima kasih sebab aku kongsi pengalaman aku bela ayam dengan dia. Bagi aku, aku baru setahun jagung bela ayam ni. Baru 19 pusingan bela berbanding dia yang dah bela ayam lebih dari 15 tahun.

Before this, abg ni ada call tanya macam mana aku bela ayam. Apa yg aku buat sampai aku dpt untung lebih, berbanding dengan farmer farmer lain di sekitar sini. Dia cakap kat aku, biasa dia untung dalam 70 sen-90 sen seekor. Dia tanya macam mana nak bagi dapat RM1 ke atas. Dan Alhamdulillah, lepas dia praktikkan apa yg aku ckp kat dia bulan lepas. Ayam dia yg baru keluar mendapat untung yg optimum. Lebih untung dari yg dia biasa dapat.

Alhamdulillah, sejak dua menjak ni, Allah memelihara perniagaan aku ni. Keuntungan yg diperoleh melebihi apa yg aku harapkan. Alhamdulillah. Before this, aku pun susah nak dapat RM1 ke atas, tapi selepas aku belajar dari seorang abg yg bela ayam di Perlis, baru aku tau rahsia ternak ayam ni. Apa yang perlu kita buat untuk dapat RM1 setiap pusingan.

Lepas aku belajar teknik ternakan ayam dari abg di Perlis. Aku praktikkan apa yang aku belajar tu di tempat aku dan hasilnya, memberangsangkan. Dan lepas aku rasa apa yg aku buat ni betul, baru aku berani cerita kat member2 macam mana yg aku buat dan hasil nya.

Setakat ni, dikalangan ramai member2 aku yg bela ayam. Yg selalu kami contact, hanya ada 2 orang yg betul2 tanya mcm mana aku buat utk ternak ayam. Maklumlah, kadang kadang bila kita dah lama dalam sesuatu bidang, kita rasa malas nak belajar dari org yg baru masuk dlm bidang ni. Sama lah kes aku, ramai yg dah lama bela ayam tak tanya aku. Mungkin sebab aku org baru dlm dunia ni. Tapi, aku tak kisah. Sebab as my Chinese partner said "Kalau org tak tanya kita, kita jangan suka suka pi cerita dekat org. Setengah org tak suka. Dan kalau dia untung pun, bukan dia bagi kat kita. Dan kalau dia rugi pun, bukan kita bagi duit kat dia. So, bantu hanya mereka yang ingin di bantu.

So far, 2 org member yg tanya aku pasal teknik bela ayam, Lye Seng di Alor Setar dan Abg Aziz dari Shah Alam. Dan Lye Seng pun dah untung RM1.40 seekor ayam pusingan lepas. Dan Abg Aziz pun dah dpt RM1 ke atas utk pusingan lepas. Dan depa hanya buat apa yg aku ckpkan kat depa.

Lepas aku tengok kejayaan depa, aku bersyukur. Sikit pun aku tak jealous. Aku gembira sebab bila aku tolong org lain, bermaksud aku tolong diri aku sendiri. Bila aku kongsi teori ternak ayam ni dengan kenkawan aku di tempat lain, dan depa dapat keputusan yg memberangsangkan. BERMAKSUD, TEORI AKU NI BOLEH DI PRAKTIKKAN. Dan sekarang, aku lebih CONFIDENT dengan TEORI AKU.

Ini kelebihan kita menolong sahabat2 kita yang lain. Dalam masa yg sama, kita tolong diri kita sendiri. Kita tak akan rugi kalau kita tolong sahabat2 kita. Dan yakinlah, Insya Allah, Allah akan membantu kita dalam urusan yang lain.

Nasihat aku, sebagai org Islam. Sama sama lah kita praktikkan apa yang Islam suruh. Iaitu membantu saudara-saudara kita. Kalau kita boleh tolong banyak, kita tolong banyak. Kalau kita boleh tolong sikit, kita tolong sikit. TAPI TOLONG TETAP TOLONG.

Wassalam

5 ulasan:

  1. I am happy you can use the things i taught you.It is simple but very affective. Please visit me again.

    BalasPadam
  2. Wah... abg pun visit sy nyer blog ker.. Anyway... to all. Abg Fadhil ni lah yg jadi aku punya SIFU dlm ternakan ayam. And now, I want to say Terima Kasih Abg... Moga Allah membantu dan mempermudahkan urusan abg. Wassalam

    BalasPadam
  3. Wah... Abg Ilham pun visit blog sy jugak ker. And now, I want to say thank you to Abg Ilham sbb bawa sy pi ke Perlis. Jumpa abg Fadhil hari tu. Moga Allah membantu memudahkan urusan abg. Wassalam

    BalasPadam
  4. salam,

    abg firdaus, nama saya khairul, betul-betul berminat nak ternak ayam, harap boleh tunjuk ajar, dan harap boleh berikan contact no. abg Fadhil, saya nak berguru dengan abg Firdaus dan abg Fadhil

    Khairul
    kerullz@gmail.com
    012 2772492

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top