Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang dudukbersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalammasjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itumenangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamumenangis?"

Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telahmeninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yanghendak memandikannya. " Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakarr.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya.

Setelah mengikut orang itu,maka Abu Bakar r..a dan Umar r.a. mendapatiayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "YaRasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadibabi hutan yang hitam."

Kemudian RasulullahS. A.W dan para sahabat punpergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoakepada Allah W.T, kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusiasemula.Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat ituBerubahmenjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.Wpun bertanya kepada pemuda itu, Wahai orang muda, apakah yang telahdilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakansolat."

Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku,lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamatnanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dansewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak.

Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.Lalu mereka cuba membunuh ular itu.Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ulartersebut,
Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamusemua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah.Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukanoleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, diantaranya;

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk solat
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.Maka inilah balasannya".

Sekadar renungan untuk kita hayati bersama. DAH BAYAR ZAKAT KER?

Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top