Assalamualaikum,

Hari Isnin lepas ada org datang ke reban aku dan bagi tau ada orang nak jual tanah di Ijok Selama. Tanah ni terletak di tepi jalan. Keluasan 5 ekar. Harga yg di offer RM80 000. Lepas di offer, terus aku cakap, jom kita pi sekarang tengok tanah. Dia pun contact owner tanah dan kami bertiga terus ke Selama.

Tanah ni betul2 terletak di tepi jalan. Antara Kubu Gajah menghala ke Ijok. Memandangkan harga tanah ni boleh tahan dan lokasi dia di tepi jalan, aku rasa berminat nak beli tanah ni. Terus ke Pejabat Tanah Selama utk buat carian rasmi bagi pengesahan tanah tu. Memang tanah tu betul seperti geran yg aku tengok before that.

Lepas tu, aku pun bersetuju utk beli tanah tu. Ada 2 sebab kenapa aku beli tanah tu.

1) Sbb aku plan nak expand kan perniagaan ayam aku. Tapi aku tak dak tanah yang sesuai. Dah jenuh aku cari tanah. Tapi tak jumpa yang sesuai. Bila aku tengok tanah ni sesuai, aku rasa kalau aku nak kembangkan bisness ayam aku tu pun. Tanah dah ready. At least....

2) Andai kata aku tak buat reban ayam di situ pun. Aku rasa ada bagus nya beli dan simpan tanah tu. Setakat yg aku dengar, tak ada lagi orang yg RUGI beli tanah. Biasanya, harga tanah akan BOOMMMM dalam 3-5 tahun. So, aku rasa tak rugi aku beli dan simpan tanah ni. Sebab dia terletak betul2 di tepi jalan. DAN, aku tak mungkin lepas tanah ni selagi harga tanah ni tak cecah RM150k.

Ni gambar kawasan tanah tu. Wassalam



1 comments:

  1. ambik loan mana...atau cash saja...Leong CC sponsor???

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top