Assalamualaikum,

Entry kali ni, gambar2 ayam. Dari kecil sampai besar. Ramai org yg tanya aku mcm mcm pasal ayam. Bagi memudahkan pemahaman semua org. Aku cerita sket pasal ayam dan juga tunjuk sket gambar2 ayam.

Satu pusingan ayam adalah selama 2 bulan. Dlm setahun, sepatutnya dpt 6 kali. Otherwise, you are not doing good. Ayam yg sampai akan keluar selepas 38 hari. Dan akan habis ditangkap selepas 42 hari. 4 hari utk korek taik ayam. 3 hari utk lori keluarkan taik aya dari reban. 4 hari utk basuh reban dan 5 hari utk rest reban tu. Total up dlm 60 hari.

Anak ayam yg sampai dipanggil DOC. (Day-Old-Chick) Maksudnya, anak ayam tu baru menetas dari telur pada hari tu dan terus dihantar ke reban. One thing for you to know, anak ayam akan di sexing pada hari menetas. Maksudnya, ayam jantan dan betina akan diasingkan sebelum dimasukkan ke dalam kotak dan dihantar ke reban.

Bila anak ayam sampai di reban, pada 7 hari yg pertama, kita kena pastikan anak ayam mendapat haba panas yg mencukupi. Anak ayam pada peringkat awal tak boleh berada dalam keadaan sejuk. Kalau sejuk, saiz ayam tak akan uniform bila besar nanti. So, to make sure the chicken panas, kita kena guna heater pada waktu malam utk panaskan ayam. Dlm setiap pusingan, sy akan pakai 30 tong gas utk panaskan ayam.

Apabila umur ayam meningkat, saiz kawasan ayam itu akan diluaskan bagi keselesaan anak ayam. Dan apabila ayam besar, ayam perlu suhu yg rendah. Dalam 26C. Sebab tulah kita kena pakai aircond utk sejukkan ayam tu. Kalau tak, ayam tu ada harapan nak mati.

Ok.. Lepas ni, aku akan cerita pulak pasal contract farming. Pasal company yg supply anak ayam, yg supply dedak ayam dan yg beli balik ayam bila besar. So, please come again later.

Wassalam

Preparation: Sekam padi diratakan di atas lantai bf ayam dtg

Lori yg baru hantar anak ayam

Anak ayam baru sampai

Kawasan anak ayam dibesarkan bila umur ayam meningkat

Gambar nipple, minuman ayam automatik

Gambar ayam bila dah besar. Seluruh kawasan reban dipenuhi ayam


Ni gambar reban dari depan. Seluruh kawasan reban ditutup dengan simen konkrit



Ni gambar Evaporation Cooling Pad, yg sejukkan keseluruhan reban



Ni gambar exhaust fan. Total ada 16 fan utk reban ni.


Gambar reban dari atas













0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top