Assalamualaikum,

Smlm, aku ke Japan-Malaysia Technical Institute. Bangunan yg selalu aku tgk dari highway berhampiran dengan Juru. Tapi, aku langsung tak tahu kat mana. Selepas telefon Pak An, staff JPH PP, dia guide aku ke situ. Alhamdulillah, selamat sampai ke tempat tu.

Aku punya slot "EM: Pengalaman Saya" berjalan lancar. Sebelum aku bagi speech kat atas tu, aku ada minta tolong organiser, Dr Nabila utk ambil gambar masa bagi talk. Aku punya plan, nak letak gambar tu dlm website ni. Kalau dia tak ambil, tak best la. Tapi, masa aku kat atas stage, aku tgk kamera yg aku bagi kat dia, dia letak atas meja. Dan dia ke hulu ke hilir. Mungkin busy. 10 minit berlalu. Dia tak ambil gambar lagi. Dammmm.. Aku bersungut seorang diri kat atas pentas. Cam na ni. Aku tgh bagi ucapan ni.

Tetiba, aku dpt idea. I need to SMS her. Sambil aku bagi speech, terus aku cari HP aku. Then, terus taip. "AMBIK GAMBAR". Send to her. Lepas tu baru aku tgk dia gi ambil gambar. Ha... Baru sedap hati sket. Tak pernah aku buat cam ni before this. Atas pentas, sempat hantar SMS lagi. Tapi, speech aku memang terganggu la masa tgh hantar sms kat dia tu.

Ok, pasal Seminar semalam. Overall, aku tgk bagus la. Bnyk info bermanfaat gak dpt masa tu. Sempat jugak berbual dgn 3-4 org yg nak tahu pasal bis aku. Dan ramai yg nak lawat reban aku. Hmmm.. Aku dah agak dah... Mesti aku jadi sasaran.

Tu lah sebab nya aku tak letas contact no aku dlm slide aku. Aku prefer kalau ada org nak tanya, direct contact masa tu. This to ensure he is really keen to know about my bis. Otherwise, nanti ramai yg dtg. Lagi pun, reban ayam aku ni sensetif ngan visitor. Aku harap semua org faham. Kenkadang, visitor yg dtg boleh bagi negative effect to the chicken. Sbb tu yg aku betul2 strict dlm hal ni.

Ramai yg dtg jumpa aku ckp nak lawat reban. Aku ckp, boleh. Tapi kita bersembang dari luar. Kalau nak tgk gambar reban. Masuk dlm blog ni aja. Aku akan update lebih banyak gambar2 ayam lepas ni. Dari kecil sampai besar.

Lepas habis semua org bagi talk, kami dibahagikan kpd beberapa kumpulan. Secara tak sengaja, aku duduk dlm kumpulan syrkt yg supply EM tu. Hmmm... Dia kata speech aku bagus. Straight to the point. Mudah di fahami. "Ya la, mana tak bagus, aku promote company hang," aku ckp dlm hati.

Masa seminar, aku ada jumpa Hj Salleh & Rahman from CAB. bagus gak CAB. Ada hantar wakil utk ambil tahu hal2 cam ni. Wakil CP.... Hmmmmm... Sia sia aku promote CP kat atas stage tu. Siap ckp CP bagus lagi. Tapi, sorang wakil pun tak mai.

Ok... Ni gambar2 yg aku sempat ambil masa kat bengkel tu.

Wassalam
Mohd Firdaus

Ucapan aluan oleh Pengarah Vet P.Pinang
Para Peserta Bengkel
Pak An Dgn Penuh Semangat Bagi Penerangan
Para peserta menyaksikan Demo semburan EM
Aku beraksi di atas pentas "EM: Pengalaman Saya"
Para Peserta Mengikuti Ceramah
Cenderamata Daripada Pihak Penganjur. Thank You :)
Selepas Seminar, Ada Perbincangan Dlm Kumpulan Pulak

3 comments:

  1. Como já sido habitual, o Trailers Blog - http://trailersblog.blogspot.com/ - lança uma vez mais uma votação online para eleger o Melhor Filme do Ano, bem como o Melhor Filme de Animação do Ano. A votação estará online até ao dia 25 de Fevereiro de 2009. Votem e elejam o Melhor Filme!

    The Trailer Blog - http://trailersblog.blogspot.com/ - makes one more time, the election for The Best Movie Of The Year and for The Best Animation Movie Of The Year. The voting will be online until February 25th, 2009! Vote and elect The Best Movie!

    Pedro Afonso
    (Responsável do Blog :: The Blog Responsable)

    ReplyDelete
  2. Como já sido habitual, o Trailers Blog - http://trailersblog.blogspot.com/ - lança uma vez mais uma votação online para eleger o Melhor Filme do Ano, bem como o Melhor Filme de Animação do Ano. A votação estará online até ao dia 25 de Fevereiro de 2009. Votem e elejam o Melhor Filme!

    The Trailer Blog - http://trailersblog.blogspot.com/ - makes one more time, the election for The Best Movie Of The Year and for The Best Animation Movie Of The Year. The voting will be online until February 25th, 2009! Vote and elect The Best Movie!

    Pedro Afonso
    (Responsável do Blog :: The Blog Responsable)

    ReplyDelete
  3. UNTUK MENJADI CONTRACT FARMER CALL 04-3237198 ATAU E MAIL ILHAMCP@GOOGLE.COM

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top